click click

Sunday 30 October 2011

our journey continued...Angkor Thom

perjalanan kami diteruskan lagi (sorry quite a long break for me to update n upload the progress of the journey for my current entry)..sebenarnya angkor Wat bukanla satu2nya tarikan utama di siem reap..kita akan terpaku dengan ketamadunan Khmer sekiranya kita melangkah ke monuments seterusnya di sini...

kedatangan ke muka pintu Angkor Thom akan disambut mesra oleh demons yg memegang nagas.

kebanyakan patung2 ni dh ada yg hilang kepala..hilang siku ..hilang ingatan..susah dh nak cari yg betul2 perfect..but our postulation about those demons are actually they were carved in distinctive manner as each of them shows a different complexion and facial expression eg grimacing, cool one, angry looking..etc..etc..

see..how serious they r..holding firmly the naga's tail..

close up the details of them...

sekarang kita dah sampai ke part yang penting jugak sebelum melangkah ke dalam angkor thom..kita akan melaui pintu gerbang yang mana menunjukkan ciri yg exclusive utk senibina Bayon ..

The Faces ..
dr internal view..terasa begitu berbeza...
then..kita akan melewati Bayon..kuilnya rosak teruk..tp disini bermula kebanyakn struktur2 penting yg perlu dilihat sekiranya bertandang ke sini...

reclining Buddha..and a lot more can be found here
the bas reliefs which is still well conserved here..
A very iconic Apsara..
so..di atas adlh sbhgn shj..(actually ni dlm kelam n kabut buat entry ni..)..ada beribu2 gambo lagi yg di ambil nak kongsi tp lately mmg xde masa nak upload byk...bagi menutup entry ada sesuatu yg menarik utk dikongsi disini..iaitu wpun kami terpegun dgn kehebatan tamadun lampau mereka..n jealous dgn kemajuan pencapaian masyarakat silam Khmer..ada satu perkara yg kami tidak kurang jelesnya..iaitu  soal kebersihan tandas..

ruang hadapan tandas..very clean n odourless
Sesuatu yang boleh dibanggakan..walaupun Angkor menerima kunjungan lawatan berpuluh2 ribu pelancong sehari..tetapi kebersihan tandas seperti begitu terjaga rapi..sehinggakan kami hampir2 memutuskan sekiranya tiada tempat sesuai solat..ruang legar di depan toilet di dalam kompleks angkor Thom ini antara list tempat terbesih n tersesuai..

sekian sahaja utk entry kali ini..

"sesuatu yg biasa bg kita boleh jadi luarbiasa utk org lain"-SH

Wednesday 26 October 2011

Life is like a Ball..

Akhir2 ni memang busy nak update blog..lagipun memang blogger 'suka2ikut dang'- org Tganu panggil..jadi kalau xsempat(xdang) maknanya xupdatela blog ku ini...Bukan apa..saingan Piala Malaysia 2011 dah sampai ke kemuncaknya..dengan purata perlawanan 2 kali seminggu..pastu purata oncall jugok 2 kali seminggu(yang mana postcallnya akan collapse,so minus lagi 2 hari) jadi memang kalo plus-minus hari rehat tinggal berapa hari shj utk diluangkan menulis blog kehkehkehkeh...


terengganu 2011

Jam dah 2.30,25th oct 2011 (again 2.30 lagi : macam cursed period jer 2.30 ni)..tp 2.30pm la kali ni...time round pagi yang ditangguhkan kepada petang disebabkan ada hal pagi tadi setelkan kerja2 jabatan..huhuhuuuu..(bukan sebab bola yer.)..maklumla esok Deepavali..

Then sampai la kat cubicle tengah..sugul jer muka mak patient..patient punya muka lagi sugul..nak kata ill..tp temperature afebrile..good hydration..pink looking and no ivdrip even was on to indicate the severity level of the illness that might supress her appetite..

Aku : Maknya..sedih nampak..

Mak : Sedih doktor..cuti ni Deepavalai kami anak beranak dh plan dah nak bercuti..

Aku : bercuti ke mana?anak ni xberapa sihat..kan dh 8 hari demam..dan chest Xray pun ada jangkitan kuman..actually Lobar Penumonia..kalo macam nila gayanya..5 hari antibiotic melalui intravenous WAJIB mak dia..

........................lagi merah mata mak and patient : ibarat nonpurulent conjunctivitis...............

Aku : tp xper mak dia..biasanya kalo tengok keadaan keseluruhan pesakit memang nampak dia mungkin cepat sembuh..cuti2 ni nak kemana?

Mak : kami semua anak beranak dh bersedia nak ke Stadium Shah Alam..nak bagi sokongan kepada Terengganu sempena Piala Malaysia 2011 final..(sambil kesat airmata)

AKu : say what????Ooo Emm Gee.Astaghfirullah.mak dia hahhhahahahahhahahhhha(tergelak besor aku)..saya mak dia lagila 29th Oct ni oncall ..huhhuuuu(cuba empathy terhadap beliau-faham perasaan rakyat terengganu ni-gaya mat said MB).



empathy..sharing the feeling of being "busted"..
Begitu menebal semangat dia..huhuhuuu..then i just continued my round to the next patient..dok leh hamber nok tolong.. Sebenarnya mutu bolasepak negeri kadang2 'bermusim' tetapi bagi tahun 2011..pencapaian terengganu..paling diminati kerana memberi hiburan sihat buat rakyat yang inginkan persembahan padang yang menggembirakan...jesteru skuad penggempur Terengganu dilihat berada pada landasan terbaik dalam mewujudkan impak positif semangat bersatu melalui sukan kepada rakyat (jangan terlampau taksub kenegerian sudah sehingga terasa diri/pasukan lebih baik dari org lain)..

Begitulah agaknya perasaan keluarga 'bahagia' tersebut..rancangan ke kubu shah alam mungkin kabur(gelap gambor org tganu panggil)..

Sesuatu yg agak menarik untuk dikongsi..setelah analisa, research kedaikopi dan observatory study yang aku sendiri buat..why some Terengganu peoples are so much affected emotionally for this football season particularly for Malaysian Cup 2011..it seems that everybody is having football fever..but surprisingly, the way they support their home-team is extremely more than usual..(sorry berbahasa penjajah...biasa org terengganu sensitif sikit kalo kita speaking)..

So daripada analisa aku sebenarnya why rakyat Terengganu ni bersemangat sangat kali ni adalah disokong beberapa faktor :

1.  Sebab  utama adlah setelah menangnya ke atas kelantan and Selangor..walaupun perlawanan kira anti-klimaks..tp rata2 penyokong Terengganu dh berpuashati dapat mencalar ego kelantan and selangor..ibarat misi membuktikan penguasaan bola sepak negara apabila menewaskan Kelantan yang mencanagkan kehebatan pasukan mereka..dan kehebatan bisa menumpaskan RedGiant..semangat tersebut diterjemahkan utk menutup mulut2 sesetengah pihak termasuklah penganalisa bolasepak.



Biasala kalo sekali sekala bergaduh dgn 'jiran'..Hari raya bermaafan2 la..



Misi 33 : huhuhu..amri yahya sebelum medial collateral ligament tear (aku xpernah buat ortho jd xphm la MCL tear ni..)




winning a game requires an effort in concert..

2.  Sesungguhnya permainan mutu yang menarik juga menjadi punca peminat mula berduyun2 memberi kepercayaan bahawa hiburan melalui sukan adalah nadi menyemaikan semangat bersatu bersama..kebanyakan golongan dewasa maupun ibubapa melihat prospek bolasepak negeri begitu mengujakan setelah mendapati kebanyakan barisan pemain adalah locals..terasa dekat dengan pemain yang jugak anak negeri kelahiran Terengganu menyuntik semangat mencontohi sikap dan skill mereka untuk anak2muda di sini..la ni semua org pakat pakai jersi negeri..dgn gaya permainan pun cuba me'mimik' gaya pemain yang diminati..


penyokong...tulang belakang pemain...
3. Sebagaimana semangat juang pemain yang ditonjolkan begitula semangat yang difikirkan dan dirasakan bagi setiap rakyat negeri..hingga kini semangat budak2kecik yang setiap petang bermain bola baik dipadang maupun dipantai, pun dipupuk utk bermain bersungguh2..maka xheranla kalo kat internet/facebook/twitter TERENGGANU FC hampir 80000 'like' direkodkan dan sekiranya dilihat pada komen2 mereka sesetengah mereka begitu sensitif bila dcabar semangat kenegerian (sepatutnya xperlu terlampau extreme,kerana permainan ini adalah sementara).



the best photo of the year..mcmana smgt berpasukan diterjemahkan...(sedih jugop)

Akhir kata, berikut adalah sesuatu personal untuk dikongsi..bagi penulis penggempur trio berbisa Hadi-Manaf-Ashaari adalah begitu menghiburkan (walaupun Rajagopal xpandang Manaf & Ashaari : kamu semua kebanggaan kami-from my innermost feeling at least)..sama juga midfielder n winger : Joseph,Faruqi,nordin,Mazlizam,Helmi..baik bek pertahanan Marzuki,Faizal,Resyafeeq..kesebelasan biasa..tp hambe plg risau Sarbinee ahhhahahaha...tidak lupa juga buat coach Hj irfan Bakti.wpun coach pandai tp kalo anak buah xpandai pun xjadi..


The holy trio : Ashaari-Manaf-Hadi..

Most likely thn depan Joseph pun dah xder..okla tue positive decision for him to upgrade his level..
A night for those fans...
Saha the silent killer...
Okla..sempena 29th October ni final..harap2..dapatla semua pasukan bermain dgn baik.kemenangan itu penting..tp menjaga mutu perlawanan lagii penting..kalau boleh xmahu doh tengok aksi buang masa di padang..melengah2kan permainan..harap pasukan Terengganu dapat mengekalkan momentum sehingga wisel penamat..saat2 terakhir pun masih ada cahaya untuk menang sepertimana gol penyamaan and bounced back yang dilakukan pada Final piala FA june lalu..

Walaupun aku oncall sabtu ni..semoga game depan kita menang..insyaAllah..

**Entry kali ini lebih kepada tribute kepada pasukan terengganu..yang telah menceriakan hari2 ku sempena misi memburu piala Malaysia 2011..

"akhirnya..sesuatu yang biasa bg kita, boleh jadi luarbiasa utk yang lain" SH.

Saturday 15 October 2011

in life ..what goes around, comes around..

suatu malam oncall..ketika mana jam dinding pun sukar dipercayai lagi..pesakit yang baru dimasukkan ke wad dr unit kecemasan ibarat kulat n fungus yg tumbuh selepas hujan..jam macam dh 2/3 pagi..katil ward dh extended ke ruang yg di luar standard kapasiti yg diluluskan..mata berpinar2 melihat kelibat pesakit.katil pesakit semua dh penuh..ibubapa pun ada yang xder kerusi..

Telinga macam  dah berdengung menangkap frekuensi2 jeritan batin kanak2 and baby di wad...so bad..i think i will become old faster than im supposed to  follow -as according to my chronological age..

imej retina...kalo mata tengok jam time oncall tengah2 mlm....
Tapi utk doktor oncall sesuatu yang menduga perasaan batin macam ni sememangnya sebahagian dari lumrah..berbekalkan semangat "kerja biar penat, janji pesakit sihat"..langkah kaki yg dh sekiannya cramp and contractions irregularly ni dipaksa jua berpijak menampung beban ..berdiri di sebelah katil pesakit..memeriksa kes2 baru yang dimasukkan...(katanya polisi kecemasan : semua kes yg datang after 11pm xpyh pikir banyok...admit will be the most exclusive active management)..

Tapi kadang2 konsep di atas membawa kepada penterjemahan yang sangat longgar..kadang2 pesakit akan mendapat rawatan yg substandard..

okla..tinggalkan bebelan jiwa raga yang mustahil utk didengar..tiba2 kepenatan sel otak ini dikejutkan dengan suara petir seorang ibu..."macam angry bird terjahan vokalnya"..hahahha

Mak :"Doktor, anak saya ni tadi dh berapa kali cucuk,tapi xdapat cari uratnya(venous cathetherization),bila nak bagi ubat ni..saya datang hospital utk dapatkan rawatan"..

aku try gonyoh balik mata..kecikkn pupil mata utk pandang dari jauh jam dinding ward : dalam hati berkata "shit,takkan pukul 2.30 am pagi ni nak cabar iman nak berdrama...sabo2.."

aku : "mak dia , oOoOOoOoooo...tadi doktor kami dh cuba pasang line kan,tapi xdapat..biasanya kami kalau cuba beberapa kali xdapat kami bagi anak rehat dulu,sebab kalo xberjaya,doktor senior akan cuba masukkn pula"

Mak : Yerla dh berapa kali cucuk dah ni"!!!

(sebenarnya anaknya memang indicated utk iv line sbb both lower limbs cellulitis and of course we have to spare those particular limbs..and what left for us was only the upper limb..i can see the sites which failed cannulations ..it is not a surprise for me. since the baby herself is quite chubby enough for us to simply insert the cannula),

Aku : "xper mak dia..nanti kita set, buat masa ni makan dulu ubat makan (we have prescribed the oral Cloxacillin to buy the time prior setting the iv line).."

Mak : " Doktor, kalo ubat makan baik xpayah..saya dh 3 klinik swasta pergi..dh mkn mcm2 antibiotic..so maknanya xjadi la doktor..

Aku :(dalam hati bu**sh**) "yerla mak dia xkan saya nak biarkan doktor saya cucuk sampai lunyai tangan anak awak..set line baby yg gemuk bukan semudah itu mak dia..awak kena PAHAM!!!"..(kan dh keluar suara kuat aku yg melalui vocal cord yg separuh terbuka).

klo tangan xder vein..kaki xboleh cucuk..senang cucuk kat area mcm ni jerla..(gambar yg xberapa nk dijadikan hiasan)

Then aku sedar kalo lagi aku bergaduh dgn dia lebih kurang samala IQ and emosi level aku dgn dia..why people just couldnt understand that we always try our best for the patient..i set the line and luckily it was done within short period of time..otherwise she will be more angry at me..

I just couldnt see the neither the mum's(nor the father's)  face anymore..i think this will be the last i confront her..as she also doesnt know how to practice saying a word " Thank You " in her vocab..

Aku ni xderla nak marah..banyak2 istighfar..sbb kadang2 soal kerja kalau ikutkan hati n perasaan memang boleh kurang pahala..silap2 dpt tambah n gandakan dosa lagi..I dont need a letter of appreciation..but cukupla kalo ibubapa boleh bagi kerjasama n dont treat us like the one who they pay too much money to treat their children.

kadang2 kita pun kena bawak mengucap..kerja org lain maybe lagi mencabar(ayat utk sedapkan hati)
i used to remind myself : "Dalam diam ..taburkanlah baktimu..sekiranya berbakti utk diketahui umum, maka itulah yg TuhanMu akan tunaikan tetapi..sekiranya berbakti utk akhirat..maka pasti kamu mendapat ganjaran lebih daripada yang kamu harapkn..(ni bukan hadith)..ni aku yg rekacipta sendiri.."

Akhir kalam (tremor dh ni).."sesuatu yg biasa bg kita boleh jadi luarbiasa bg yang lain".SH.fullstop

**baik tengok bola Tganu vs kelantan quarter final lagi baik.(nasib baik menang).



Wednesday 5 October 2011

kembara indochina 1.1 : Angkor wHat?..A great ancient megastructure..

Day 2 : 28/09/2011..malam sebelumnya memang kami berdoa semoga panas(diramalkn hujan oleh peramal kaji cuaca) di bumi khmer ini memberi peluang utk kami meneroka sejarah gemilang ANGKOR..luckily pagi tu sesudah subuh kami bertolak kesana semata2 nak melihat mentari pagi berlatarbelakangkan Angkor Wat..

Actually..ANgkor Wat is not the first temple built for the Gods...but it is the most well preserved n the least ruined (compared with other complexes..)..suasana syuruk hari itu penuh jugak dgn tourist termasukla Angelina Jolie Cambodia yg kami jumpa..

Berbekalkan 'tapau'-ed sarapan pagi dari hotel yg begitu memahami..kami melangkah dgn penuh semangat.Sesungguhnya cuaca hari tu pun memihak pada kami untuk memberikan sinar harapan melihat satu keajaiban dunia...(nasib baik xpercaya ramalan).

I dont know how to start with.. to tell u guys- what it is exactly so great about this monument..but i can tell u that seeing is believing.(sayang kami hanya sempat pi few hours sahaja..sbb pas masuk 1 day only)..if u would like to study the history(ies) behind it..it is impossible for me to write it down here(blh beli buku kat sekeliling temple yg dijual lagi murah..(it will tell you Apsaras,nagas,Makaras,demons and gods,etc)

So nikmatila..beberapa shot di bawah..xberapa cantik sgt sbb kebanyakan masa kami terpegun dengan bahagian2 yang cantik n xmenghiraukannya utk mengambil gambar..

Berdebar menunggu mentari syuruk pagi tu..berembun.


the moat..what a great thought..for a 900 years back engineering..

A Nagas(serpent with many heads) one of the Makara that can be seen here...
perfectly carved..how come?

The tail of the Nagas can be as long as u never imagined..
OK.,.ok dah sampai part yang lagi penting..matahari dh nak naik..(kebanyakan tourist amik port so called kononnya the best spot which is few yards in front of the left wing of the temple..but for us we decided to enjoy our breakfast at the left wing Library..)

the library roof seems collapsed..such a good sandstone
 structure that been there for hundred years
The wall of the library yet is still in a good looking..
A breath-holding attack ..for a breathtaking view.
Khmer-style breakfast..see how the wife served the husband needs..
Perut pun dh berisi sikit..walaupun xberapa nak kenyang..kecuali ada org tu makan 3 biji telur..2 biji pisang..kalah orang Cambodia makan...time to get into the "mount Meru- where the Gods dwell"..

A Frontal view of the 1st tier : sense the rays of enlightenment above..
Lateral view : see how the sand stones pillars stand firm to support
the temple..(sedihnya some of them are majorly collapsed and replaced by a cement type one.)
A passageway of a living gallery(s) since the bas-reliefs
carved in a mode of a story-books..
An epic..into a legend..n then a belief..
Never..in history of an ancient civilization tells a great story of them as good as Khmer civilization.
Pemandangan dari arah temple...nyaman jer..
Rasanya ni jerla gambo2..untuk episod kali ini..nantikan pengembaraan seterusnya...sebab susah nak tulis panjang2 cukupla setakat ni..sekadar sedutan utk episod akan datang terimala :


"sesuatu yang biasa bagi kita,boleh jadi luarbiasa utk org lain"-SH

we dont even know sometimes..

05/10/11@1700H..Harini naik taxi..dr Institut Pediatrik KL to stesen titiwangsa..dalam hujan menahan taxi(sbb taupun time2kritikal traffic jam teruk..penat jugak travel dgn mercy flight...
doktor bukan bagitahu normal or x normal jer..more than that..
Orang selalu ingat best jd doktor..tp kerjanya sgt byk++ selain business round..attend clinic..prosedures..prescribe ubat..kaunseling..ceramah kesihatan..notifikasi penyakit..attend kursus..bertugas atas panggilan..berkerja lebihan jam..accompany patient n last but not least pronounce death(paling simple kalo xder pitfall in management la)..


round..n round..around...

tugas lain byk jugok..tp tugas2 yg dbgtahu tu adlh tugas2asas..tugas yg xberasas pun blh thn sama banyok jugok..eg bergaduh dengan parents yg mengamuk nak suruh siapkn discharge awal,berebut komputer dgn misi nk buat report,jwb surat complaint dr pengarah n yg plg xthn nk kena marah dengan pakar ...
pakcik n makcik..: sakit apa ??fever with chills and rigors ker?

Tp dlm kesibukan kita bekerja kadang2kita lupa fokus kita adlh pesakit..kdg2kita ambil mudah hal yg kita rasa remeh..tp sebenarnya hal tersebut 'besar' bagi pesakit..

One fine noon...i went to ED(unit gawat n darurat..mmg darurat pun time tu)..just to get my antibiotics prescribed since i decided not to go to ward to prescribe it by myself..(izinkn saya menggunakn bhs yg lbh sopan iaitu berbahasa penjajah*-sstgh org kata bukan penjajah)..i asked one of my junior colleague for her courtesy to prescribe it for me then easier for me to pick it up at 4th floor pharmacy..

Pada masa yg sama..(tuko la ckp bahasa melayu la..nanti komunis xphm)..ada la sorang makcik era2 50an dekat dgn aku time tu mencelah kt seorg doktor..dengan seribu kerut di dahi dan kelihatan ragu2ingin melontarkn soalan..akhirnya dgn tremor tangan dia aku nengok pegang kertas referral n adalah gambo abdomen lakaran2 cakar ayam doktor mana ntah..memberanikan diri bertanya ..

Makcik : dah doktor..guane dengan mokcik ni??benda ape sakit mokcik ni?cer kabbo gok sikit.(subtitle : so doctor can u tell me what's wrong with me.what is the diagnosis?)

Doktor : makcik..makcik ada cyst..cyst kilang telur(bagus dia bgtau jugok tu kilang telur)

Makcik : cyst doktor??doh bahaya x doktor..??(nada suara terus bertukar..ibarat menelan ORS rasanya..wpun masin ditelan jua).

..xsmpt aku nk menyibuk oleh kerana tujuan aku nk dptkn prescription jer aku pun beredar..tp dalam basalganglia aku asyik teringat makcik ni..kerut n kedut didahi dia berterbangan di kotak pikiran aku.."dia phm x makna cyst tu??"dia phm x makna cyst tu??"dia phm x makna cyst tu??"dia phm x makna cyst tu??"dia phm x makna cyst tu??",...xperla at least doktor tu bg tau sstu x normal dgn kilang telur dia..kalo dia bgtahu ovari and so on..mau terus kerut menjadi parut kt dahi makcik tu..





agak2nya kalo lukis mcm ni pun makcik ni paham 90%..
Sampai2 di farmasi blh thn tengok ramai rakyat jelata beratur nk amik ubat..tibe time aku nk amik ubat telinga kuali aku ni tertangkap perbualan pegawai pharmacy dgn pakcik tua sblh aku..

***Pakcik ni kalo bg aku mmg spot diagnosis COPD(chronic obstructive pulmonary disease??btol ke ? Dh lama xbuat medicine)..dgn bawa penuh ubat 1gajuk(plastic bag sendiri-kearah environmental friendly nowadays pharmacy xsediakn plastic bag dah)..pakcik ni sedang di kaunseling oleh pegawai pharmacy psl ubat2..



ubat pun banyak mcmana nak ingat LOL...
Pharmacist : "ubat ni utk asthma pakcik ,pakai bila perlu,yg ni pulop 2 kali picit,yg pil ni mkn sambungan ubat dulu ..pun utk asthma" ..(mak aiiii byknya ubat asthma dia).

Pakcik : "yg syrup ni?"
**-aku pun xsure dh lama xbuat adult medicine.

Pharmacist : "ni pun utk asthma"

Pakcik : "banyaknya ubat utk pakcik.. semua ni.??.tp mana satu ubat utk lelah..???sambil terketar3tanya n mbelek2ubat..Kalo semua utk asthma..mananya ubat utk lelah"?
-maybe kat ward pakcik ni dh di tazkirahkn yg penyakitnya adlh COPD not asthma.

Aku memang gallop rhythm nk thn gelak bila dengo ayat pakcik ni sambil pharmacist ni pun satu hal..

Pharmacist : "pakcik asthma tu lelah la pakcik.."

See..how medical jargons can 'risk' patients' lives..

Our practice --> should add values to our clinical works.well-informed medicines should leave our patients with choices not dictate them with our decision..confusing them with our words..blaming them for not following our orders..pressuring them For being not helpful in giving us stories during clerking..





make it short n clear...
Let's us move to a simple medicine which wont complicate things..berilah  penyelesaian kepada mereka Yg meletak harapan n kepercayaan kpd kita utk memberi rawatan..huhuhu..bayangkan kita ke kedai baiki kereta di bagitahu istilah2 yg pelik2 yg kena google jer setiap kali xpaham..sure kita rasa pening..

Ssuatu yg BIASA bg kita,boleh jadi LUARBIASA utk org lain..-SH

Sunday 2 October 2011

Kembara Indochina 1.0

Retrospective event..
Entry utk bulan ni khas utk perantauan kami 5org ke bumi bertuah Indochina..retrospectively,tiket ni kami beli awal tahun 2011PostAngkorian(masihi)..kecuali justin frencho lmbt sikit..

This 1st entry ditulis the moment kaki mjejak LCCT stlh sampai dr vietnam..sementara tunggu ERL heading towards villa member di Ampang.(entry seterusnya akan menyusul at my convenient time).

Sebenarnya trip kali ini agak menarik krn ianya mmg menuntut kesatuan hati..mesyuarat2kecik di facebook updates hinggala ke hari sebenor..cabaran kami yg agak ditakuti adlh banjir..mcm2doa nk dptkn restu 'Tuhan'..akhirnya usaha di realisasikan.





grand meeting..a week before depart..




looking for something that possible "out of map"..
Surprisingly..ramalan kami sama dgn ramalan ahli kaji cuaca dunia. Huhuhuh.hujan di bumi Angkor.banjir paras lutut..taxi USD 10 pun dr airport xnk hanto ke pintu hotel..(lesson no 1: DO NOT BE FOOLED OR CONNED BY TUK2/TAXI DRIVER)..sabo jerla penat bergaduh dgn dia yg nak pow duit kami dgn tawaran yg x menarik S*IT ( but personally i was still excited to see the flood)

Day 1 27/09/11: hooooo..arini cuti seluruh cambodia sbb arini hari mengingati si mati ..Pchum Benh Day kalo xsilap or feeding the dead day..wpun ianya festival (so called) tp kami xlarat..kalori dh tbakar redah hujan..petangnya kami ke WAt tp upacara dh abis..so again redah air..melihat rakyat khmer bersukaria bercanda tepi sungai main air..bahaya betul diaorg..logikla death tolls banjir 94 org kt cambodia.

I really like Cambodian people..they are so nice..and rasa selamat kalo bjln2kat sini..kami checked in kt Ta Phromh hotel..3 stars hotel facing the overflowing river due to flood..but we rate them as 4stars at least..servis cekap,staff baik2 n bilik sgt memuaskan).

So scr asasnya mmg aktiviti kami adalah berjalan2 main banjir menikmati rahmat Tuhan di bumi kemboja then masuk kedai2 souvenier..mana yg bukak kami masuk..

Lesson no 2 : SHOP TILL U DROP,BARGAIN FOR NO VAIN..

Barang2mmg muroh tp kena tawarkn la lg muroh..paintings mmg murah(our interest la)
Tips for bargain:
1.cut down the price 50-60% lower - dont worry peniaga cambodia baik2.

2.kalo larat..check setiap kedai.harga bgantung pd skill menawar then kalo perasan kedai  mahal ni biasanya NGOs n bdn kebajikan punya.

3.buku kt Angkor Wat pun murah kalo nk tawar bbndg di Pekan.

4.night market lg murah bbndg central market..

For muslims..kedai2yg halal xsusah tp kami suggest Taj Mahal cuma scr puratanya sekali mkn maybe rm15-20/head..tp puashati jugok.

Ok la tu kot..enough for intro entry just utk kenal2kn watak n scene..nantikan episod seterusnya tentang nasib kami di bumi Kemboja...huhuhu..adakah masih ada sinar bahagia utk kami..sebelum itu enjoy gambo2 yg berjaya di shot didalam titisan hujan2 rahmat aritu..





Perbincangan bagi memaksa van redah banjir : ngader betul driver ni...

sampai jugak akhirnya ke muka pintu hotel..




kemasan kayu hotel ni mmg amazing..


Banjiro...banjirooo....


rajin diaorg main air.
night market..
berwarna warni, berpinar mata...